Sokongan dan Rintangan
Sokongan dan Rintangan (Support and Resistance) adalah salah satu konsep yang paling banyak digunakan dalam perdagangan forex. Setiap pedagang mempunyai idea mereka sendiri tentang bagaimana untuk mengukur sokongan dan rintangan.
Mari kita lihat asasnya terlebih dahulu.

Apabila harga bergerak naik dan kemudian turun, titik tertinggi yang dicapai sebelum ia ditarik balik ke bawah adalah dipanggil Rintangan (Resistance). Tahap Rintangan menunjukkan di mana akan ada lebihan penjual.
Apabila trend harga terus menaik, titik terendah yang dicapai sebelum ia dipantul semula naik ke atas adalah Sokongan (Support). Tahap Sokongan menunjukkan di mana berlakunya lebihan pembeli.
Dengan cara ini, Rintangan dan Sokongan terus terbentuk ketika harganya naik dan turun dari masa ke semasa. Kebalikannya berlaku semasa aliran menurun.
Dengan cara yang paling asas, ini adalah bagaimana Sokongan dan Rintangan biasanya diperdagangkan:
Berdagang Lantunan (Bounce)
- Beli apabila harga jatuh ke arah Sokongan.
- Jual apabila harga naik ke arah Rintangan.
Berdagang Pecah (Break)
- Beli apabila harga pecah melalui Rintangan.
- Jual apabila harga turun melalui Sokongan.
Lantunan dan Pecah? Sekiranya anda sedikit keliru, tidak perlu risau kerana kami akan merangkumi konsep-konsep ini dengan lebih terperinci.
Perlu diingatkat bahawa tiada angka yang tepat untuk merancang tahap Sokongan dan Rintangan. Sering kali anda akan melihat tahap Sokongan atau Rintangan yang kelihatan sudah pecah, tetapi kemudiannya anda akan bahawa pasaran hanya mengujinya. Dengan carta candlestick, “Ujian” Sokongan dan Rintangan ini biasanya diwakili oleh Bayangan Lilin (Candlestick Shadows).

Ada satu masa anda akan dapat melihat Bayangan Lilin melanggar serta melepasi tahap Sokongan. Kemudiannya anda akan dapat melihat bahawa harga pasaran tersebut hanya menguji tahap Sokongan itu.
Bagaimana pedagang benar-benar tahu jika Sokongan dan Rintangan telah dipecahkan?
Tidak ada jawapan yang jelas untuk persoalan ini. Ada yang berpendapat bahawa tahap Sokongan atau Rintangan telah dipecahkan jika harganya benar-benar boleh melepasi tahap itu. Namun, anda akan mendapati bahawa ini tidak selalunya berlaku.
Sebagai contoh di atas, mari kita lihat apa yang berlaku ketika harga turun melepasi bawah tahap Sokongan iaitu 107.400.

Sekiranya anda percaya bahawa ini adalah Pecahan (Breakout) sebenar dan menjual pasangan mata wang ini, anda sudah melakukan kesilapan. Di dalam kes ini, harga ditutup di bawah tahap Sokongan iaitu 107.400 tetapi akhirnya naik kembali melepasi paras tersebut.

Jika anda melihat semula pada carta, anda dapat melihat secara visual dan boleh membuat kesimpulan bahawa Sokongan itu sebenarnya tidak pecah dan ia masih utuh serta menjadi lebih kuat.
Untuk membantu anda menyaring keluar pecahan palsu ini, anda harus memikirkan Sokongan dan Rintangan lebih sebagai zon dan bukannya nombor semata-mata. Salah satu cara untuk membantu anda mencari zon ini adalah dengan memplotkan Sokongan dan Rintangan pada carta garis (line chart) dan bukannya pada carta candlestick (candlestick chart). Ini kerana carta garis menunjukkan harga penutupan dengan lebih jelas berbanding dengan carta candlestick. Carta candlestick menunjukkan paras tertinggi dan terendah yang melampau.
Paras tertinggi dan terendah ini sebenarnya agak mengelirukan kerana seringkali ia hanyalah reaksi “kejutan” pasaran. Ia juga dikenali sebagai refleks pasaran. Anda tidak mahu refleks pasaran mengganggu anda ketika hendak untuk memplotkan tahap Sokongan dan Rintangan. Kita hanya mahu plot pergerakannya yang disengajakan sahaja.

Melihat carta garis (line chart), anda ingin memaparkan zon Sokongan dan Rintangan di sekitar kawasan di mana anda dapat melihat harga membentuk beberapa puncak (peaks) atau lembah (valleys).
FAKTA menarik mengenai Sokongan dan Rintangan:
- Apabila harga melewati Rintangan, Rintangan itu berpotensi menjadi Sokongan.
- Semakin kerap harga menguji tahap Rintangan atau Sokongan tanpa memecahkannya, semakin kuatlah kawasan Rintangan atau Sokongan tersebut.
- Apabila tahap Sokongan atau Rintangan itu pecah, kekuatan pergerakan susulan bergantung pada berapa kuat Sokongan atau Rintangan yang telah dipegang sebelum ini.
Dengan sedikit latihan serta pengalaman, anda akan dapat melihat tahap Sokongan dan Rintangan yang berpotensi dengan lebih mudah.
Topik Terkini
- CandlestickCandlestick (Carta Kandil) adalah sejenis carta harga yang digunakan dalam Analisis Teknikal yang menunjukkan harga tinggi, rendah, buka dan tutup untuk jangka masa tertentu. Candlestick berasal dari Jepun oleh pedagang beras bernama Homma pada sekitar tahun 1700-an. Candlestick ini digunakan untuk mengesan harga pasaran melalui Penawaran dan Permintaan beras serta Momentum harian beratus-ratus tahun sebelum
- Sokongan dan RintanganSokongan dan Rintangan (Support and Resistance) adalah salah satu konsep yang paling banyak digunakan dalam perdagangan forex. Setiap pedagang mempunyai idea mereka sendiri tentang bagaimana untuk mengukur sokongan dan rintangan. Mari kita lihat asasnya terlebih dahulu. Apabila harga bergerak naik dan kemudian turun, titik tertinggi yang dicapai sebelum ia ditarik balik ke bawah adalah dipanggil
- Analisis TeknikalANALISIS TEKNIKAL (Technical Analysis) adalah kerangka di mana pedagang mengkaji pergerakan harga. Secara teori seseorang pedagang dapat merujuk sejarah pergerakan harga, memahami keadaan perdagangan semasa dan meramalkan pergerakan harga yang berpotensi. Seseorang yang menggunakan Analisis Teknikal dipanggil penganalisis teknikal. Pedagang yang menggunakan teknik Analisis Teknikal dikenali sebagai pedagang teknikal. Mengikut teori, semua maklumat berkenaan pasaran
- Analisis SentimenAnalisis Sentimen (Sentiment Anaylsis) digunakan untuk mengukur perasaan pedagang terhadap pasangan mata wang tertentu. Menurut teori, Analisis Teknikal melalui carta mampu menggambarkan keseluruhan keadaan pasaran semasa. Namun begitu, pasaran dagangan mata wang (forex) tidak semudah yang disangka. Pasaran forex tidak menggambarkan semua maklumat di luar sana kerana semua pedagang akan bertindak dengan cara masing-masing. Inilah
- Analisis AsasAnalisis Asas (Fundamental Analysis) melibatkan peninjauan laporan data ekonomi dan tajuk utama berita serta pengumuman oleh pemimpin di media sosial bagi membentuk corak pasaran. Analisis Asas juga boleh dipanggil analisis fundamental. Analisis Asas adalah cara melihat pasaran forex dengan menganalisis kekuatan ekonomi, sosial dan politik secara keseluruhan sesebuah negara yang boleh mempengaruhi harga mata wang.