Analisis Asas

Analisis Asas (Fundamental Analysis) melibatkan peninjauan laporan data ekonomi dan tajuk utama berita serta pengumuman oleh pemimpin di media sosial bagi membentuk corak pasaran. Analisis Asas juga boleh dipanggil analisis fundamental.

Mata wang Dolar Amerika Syarikat atau sering dipanggil US Dollar (USD) adalah antara mata wang utama di dalam dunia forex.

Analisis Asas adalah cara melihat pasaran forex dengan menganalisis kekuatan ekonomi, sosial dan politik secara keseluruhan sesebuah negara yang boleh mempengaruhi harga mata wang. Seperti apa anda tahu, nilai sesuatu barang banyak dipengaruhi oleh hukum Penawaran dan Permintaan (Supply and Demand). Hukum ini juga banyak mempengaruhi nilai harga sesuatu mata wang. Menggunakan teknik Penawaran dan Permintaan sebagai petunjuk di mana harga boleh ditentukan adalah mudah. Bahagian yang sukar adalah untuk menganalisis semua faktor yang mempengaruhi Penawaran dan Permintaan. Dengan kata lain, anda harus melihat banyak faktor-faktor yang berbeza untuk menentukan keadaan ekonominya adakah dalam keadaan positif atau negatif.

Anda harus memahami sebab mengapa dan bagaimana peristiwa tertentu seperti kenaikan kadar pengangguran mempengaruhi ekonomi dan dasar monetari negara yang akhirnya mempengaruhi tahap permintaan mata wangnya.

Idea di sebalik analisis jenis ini adalah bahawa jika prospek ekonomi semasa atau masa depan negara itu baik, maka secara tidak langsung mata wangnya juga harus menjadi lebih kuat. Semakin baik keadaan ekonomi negara, semakin banyak perniagaan dan pelabur asing akan melabur di negara tersebut. Ini mengakibatkan keperluan membeli mata wang negara itu meningkat.

Sebagai contoh, katakanlah bahawa US Dollar telah bertambah kuat kerana keadaan ekonomi Amerika Syarikat bertambah baik. Apabila ekonomi menjadi semakin baik, kenaikan kadar faedah mungkin diperlukan untuk mengawal pertumbuhan dan inflasi. Kadar faedah yang lebih tinggi menjadikan aset kewangan dalam US Dollar menjadi lebih menarik.

Untuk mendapatkan aset yang menarik ini, peniaga dan pelabur harus membeli terlebih dahulu mata wang US Dollar dan secara tidak langsung ia juga akan meningkatkan permintaan untuk mata wang tersebut. Akibatnya, nilai mata wang US Dollar berkemungkinan besar akan meningkat berbanding mata wang lain di mana mata wang lain permintaannya yang lebih rendah.

Di dalam kursus dikongsikan di laman sesawang ini, anda akan didedahkan berkenaan titik data ekonomi mana yang cenderung mendorong harga mata wang, dan mengapa mereka melakukannya. Anda akan mengetahui siapa itu Ketua Fed dan bagaimana data penjualan runcit mencerminkan ekonomi.

Untuk menggunakan Analisis Asas, penting untuk memahami bagaimana berita mengenai ekonomi, kewangan dan politik akan mempengaruhi kadar pertukaran mata wang. Ini memerlukan pemahaman yang baik mengenai ekonomi makro dan geopolitik.

Buat masa ini, sudah cukup untuk mengetahui bahawa Analisis Asas adalah cara menganalisis potensi pergerakan mata wang melalui pandangan terhadap kekuatan atau kelemahan ekonomi negara itu.


Topik Terkini

  • Candlestick
    Candlestick (Carta Kandil) adalah sejenis carta harga yang digunakan dalam Analisis Teknikal yang menunjukkan harga tinggi, rendah, buka dan tutup untuk jangka masa tertentu. Candlestick berasal dari Jepun oleh pedagang beras bernama Homma pada sekitar tahun 1700-an. Candlestick ini digunakan untuk mengesan harga pasaran melalui Penawaran dan Permintaan beras serta Momentum harian beratus-ratus tahun sebelum
  • Sokongan dan Rintangan
    Sokongan dan Rintangan (Support and Resistance) adalah salah satu konsep yang paling banyak digunakan dalam perdagangan forex. Setiap pedagang mempunyai idea mereka sendiri tentang bagaimana untuk mengukur sokongan dan rintangan. Mari kita lihat asasnya terlebih dahulu. Apabila harga bergerak naik dan kemudian turun, titik tertinggi yang dicapai sebelum ia ditarik balik ke bawah adalah dipanggil
  • Analisis Teknikal
    ANALISIS TEKNIKAL (Technical Analysis) adalah kerangka di mana pedagang mengkaji pergerakan harga. Secara teori seseorang pedagang dapat merujuk sejarah pergerakan harga, memahami keadaan perdagangan semasa dan meramalkan pergerakan harga yang berpotensi. Seseorang yang menggunakan Analisis Teknikal dipanggil penganalisis teknikal. Pedagang yang menggunakan teknik Analisis Teknikal dikenali sebagai pedagang teknikal. Mengikut teori, semua maklumat berkenaan pasaran
  • Analisis Sentimen
    Analisis Sentimen (Sentiment Anaylsis) digunakan untuk mengukur perasaan pedagang terhadap pasangan mata wang tertentu. Menurut teori, Analisis Teknikal melalui carta mampu menggambarkan keseluruhan keadaan pasaran semasa. Namun begitu, pasaran dagangan mata wang (forex) tidak semudah yang disangka. Pasaran forex tidak menggambarkan semua maklumat di luar sana kerana semua pedagang akan bertindak dengan cara masing-masing. Inilah
  • Analisis Asas
    Analisis Asas (Fundamental Analysis) melibatkan peninjauan laporan data ekonomi dan tajuk utama berita serta pengumuman oleh pemimpin di media sosial bagi membentuk corak pasaran. Analisis Asas juga boleh dipanggil analisis fundamental. Analisis Asas adalah cara melihat pasaran forex dengan menganalisis kekuatan ekonomi, sosial dan politik secara keseluruhan sesebuah negara yang boleh mempengaruhi harga mata wang.