Analisis Teknikal

ANALISIS TEKNIKAL (Technical Analysis) adalah kerangka di mana pedagang mengkaji pergerakan harga. Secara teori seseorang pedagang dapat merujuk sejarah pergerakan harga, memahami keadaan perdagangan semasa dan meramalkan pergerakan harga yang berpotensi.

Pasangan mata wang USDJPY dengan menggunakan carta lilin (candlestick chart).

Seseorang yang menggunakan Analisis Teknikal dipanggil penganalisis teknikal. Pedagang yang menggunakan teknik Analisis Teknikal dikenali sebagai pedagang teknikal.

Mengikut teori, semua maklumat berkenaan pasaran semasa dicerminkan dalam harganya. Pedagang teknikal secara umumnya mempercayai bahawa semua maklumat ada di dalam carta. Ini bermaksud bahawa semua maklumat asas yang dipamerkan adalah harga pasaran semasa. Sekiranya harga mencerminkan semua maklumat sebagai rujukan tanpa merujuk kepada berita semasa, maka tindakan harga adalah sangat diperlukan untuk membuat perdagangan.

Analisis Teknikal secara amnya melihat aliran, irama dan trend tindakan harga (price action).

Pepatah lama, “Sejarah sering berulang” adalah salah satu asas Analisis Teknikal. Secara teori, pergerakan harga bergerak di dalam sesuatu bentuk corak yang sering berulang. Ini amat penting bagi pedagang untuk melihat sejarah pergerakan harga di dalam carta bagi mengenal pasti corak trend harga sebelum memasukkan posisi dagangan. Sekiranya harga mata wang itu dipegang oleh tahap Sokongan atau Rintangan (Support or Resistance) utama yang kuat pada masa lalu, pedagang forex akan mengenal pasti dan mendasarkan posisi dagangan mereka di sekitar tahap harga sejarah itu.

Penganalisis teknikal mencari corak serupa yang telah terbentuk pada masa lalu dan akan mendapat idea dagangan dengan mempercayai bahawa harga mungkin akan bertindak dengan cara yang sama seperti sebelumnya.

Analisis Teknikal tidak banyak mengenai ramalan tetapi lebih mengenai tahap KEBARANGKALIAN. Analisis Teknikal adalah kajian tentang tindakan sejarah harga untuk mengenal pasti corak dan menentukan kebarangkalian arah harga di masa hadapan.

Di dalam dunia perdagangan, ketika seseorang mengatakan “Analisis Teknikal”, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mereka adalah carta. Penganalisis teknikal menggunakan carta kerana ini adalah kaedah termudah untuk mengkaji data sejarah. Penganalisis teknikal hanya menggunakan carta sebagai sumber utama untuk berdagang. Oleh itu, mereka sering dipanggil chartist.

Anda boleh melihat data masa lalu untuk melihat trend dan corak pergerakan harga yang dapat membantu anda mencari beberapa peluang posisi dagangan yang hebat. Dengan keadaan di mana ramai pedagang yang bergantung pada Analisis Teknikal di luar sana, corak harga dan isyarat penunjuk ini cenderung memenuhi keperluan masing-masing. Oleh kerana semakin ramai pedagang mata wang mencari tahap harga dan corak carta tertentu, semakin besar kemungkinan corak ini akan muncul di pasaran.

Sebagai peringatan, anda harus faham bahawa Analisis Teknikal adalah subjektif. Terdapat banyak teknik-teknik Analisis Teknikal di luar sana untuk anda terokai seperti Fibonacci, Bollinger Bands, Moving Average, Ichimoku Kinko Hyo dan lain-lain. Setiap teknik ada kelebihan dan keburukkan tersendiri. Setiap teknik tidak sesuai dipakai untuk semua pedagang tetapi ia bergantung kepada personaliti seseorang. Anda perlu mencubanya bagi mengenal pasti teknik mana yang paling sesuai untuk personaliti anda.


Topik Terkini

  • Candlestick
    Candlestick (Carta Kandil) adalah sejenis carta harga yang digunakan dalam Analisis Teknikal yang menunjukkan harga tinggi, rendah, buka dan tutup untuk jangka masa tertentu. Candlestick berasal dari Jepun oleh pedagang beras bernama Homma pada sekitar tahun 1700-an. Candlestick ini digunakan untuk mengesan harga pasaran melalui Penawaran dan Permintaan beras serta Momentum harian beratus-ratus tahun sebelum
  • Sokongan dan Rintangan
    Sokongan dan Rintangan (Support and Resistance) adalah salah satu konsep yang paling banyak digunakan dalam perdagangan forex. Setiap pedagang mempunyai idea mereka sendiri tentang bagaimana untuk mengukur sokongan dan rintangan. Mari kita lihat asasnya terlebih dahulu. Apabila harga bergerak naik dan kemudian turun, titik tertinggi yang dicapai sebelum ia ditarik balik ke bawah adalah dipanggil
  • Analisis Teknikal
    ANALISIS TEKNIKAL (Technical Analysis) adalah kerangka di mana pedagang mengkaji pergerakan harga. Secara teori seseorang pedagang dapat merujuk sejarah pergerakan harga, memahami keadaan perdagangan semasa dan meramalkan pergerakan harga yang berpotensi. Seseorang yang menggunakan Analisis Teknikal dipanggil penganalisis teknikal. Pedagang yang menggunakan teknik Analisis Teknikal dikenali sebagai pedagang teknikal. Mengikut teori, semua maklumat berkenaan pasaran
  • Analisis Sentimen
    Analisis Sentimen (Sentiment Anaylsis) digunakan untuk mengukur perasaan pedagang terhadap pasangan mata wang tertentu. Menurut teori, Analisis Teknikal melalui carta mampu menggambarkan keseluruhan keadaan pasaran semasa. Namun begitu, pasaran dagangan mata wang (forex) tidak semudah yang disangka. Pasaran forex tidak menggambarkan semua maklumat di luar sana kerana semua pedagang akan bertindak dengan cara masing-masing. Inilah
  • Analisis Asas
    Analisis Asas (Fundamental Analysis) melibatkan peninjauan laporan data ekonomi dan tajuk utama berita serta pengumuman oleh pemimpin di media sosial bagi membentuk corak pasaran. Analisis Asas juga boleh dipanggil analisis fundamental. Analisis Asas adalah cara melihat pasaran forex dengan menganalisis kekuatan ekonomi, sosial dan politik secara keseluruhan sesebuah negara yang boleh mempengaruhi harga mata wang.