Laman Utama

Selamat datang ke MyRealTrading! Adakah anda berminat untuk menuntut ilmu forex? Di sini kami memberi pendidikan dalam talian secara percuma secara santai dalam Bahasa Malaysia untuk membantu pedagang baru untuk berdagang forex. Anda tidak tahu langsung mengenai forex tapi berminat untuk belajar, maka pendidikan di sini amat sesuai untuk anda. Semoga berjaya!

Topik Terkini

  • Candlestick
    Candlestick (Carta Kandil) adalah sejenis carta harga yang digunakan dalam Analisis Teknikal yang menunjukkan harga tinggi, rendah, buka dan tutup untuk jangka masa tertentu. Candlestick berasal dari Jepun oleh pedagang beras bernama Homma pada sekitar tahun 1700-an. Candlestick ini digunakan untuk mengesan harga pasaran melalui Penawaran dan Permintaan beras serta Momentum harian beratus-ratus tahun sebelum
  • Sokongan dan Rintangan
    Sokongan dan Rintangan (Support and Resistance) adalah salah satu konsep yang paling banyak digunakan dalam perdagangan forex. Setiap pedagang mempunyai idea mereka sendiri tentang bagaimana untuk mengukur sokongan dan rintangan. Mari kita lihat asasnya terlebih dahulu. Apabila harga bergerak naik dan kemudian turun, titik tertinggi yang dicapai sebelum ia ditarik balik ke bawah adalah dipanggil
  • Analisis Teknikal
    ANALISIS TEKNIKAL (Technical Analysis) adalah kerangka di mana pedagang mengkaji pergerakan harga. Secara teori seseorang pedagang dapat merujuk sejarah pergerakan harga, memahami keadaan perdagangan semasa dan meramalkan pergerakan harga yang berpotensi. Seseorang yang menggunakan Analisis Teknikal dipanggil penganalisis teknikal. Pedagang yang menggunakan teknik Analisis Teknikal dikenali sebagai pedagang teknikal. Mengikut teori, semua maklumat berkenaan pasaran
  • Analisis Sentimen
    Analisis Sentimen (Sentiment Anaylsis) digunakan untuk mengukur perasaan pedagang terhadap pasangan mata wang tertentu. Menurut teori, Analisis Teknikal melalui carta mampu menggambarkan keseluruhan keadaan pasaran semasa. Namun begitu, pasaran dagangan mata wang (forex) tidak semudah yang disangka. Pasaran forex tidak menggambarkan semua maklumat di luar sana kerana semua pedagang akan bertindak dengan cara masing-masing. Inilah
  • Analisis Asas
    Analisis Asas (Fundamental Analysis) melibatkan peninjauan laporan data ekonomi dan tajuk utama berita serta pengumuman oleh pemimpin di media sosial bagi membentuk corak pasaran. Analisis Asas juga boleh dipanggil analisis fundamental. Analisis Asas adalah cara melihat pasaran forex dengan menganalisis kekuatan ekonomi, sosial dan politik secara keseluruhan sesebuah negara yang boleh mempengaruhi harga mata wang.